iPhone

Pra-Tempahan Siri Model iPhone 13 Kini Dibuka


Kesemua empat siri model iPhone 13 yang dilancarkan pada bulan bakal memasuki pasaran Malaysia pada minggu hadapan. Oleh itu, pengguna tempatan kini boleh membuat pra-tempahan bagi siri model iPhone 13 bermula hari ini dengan secara rasminya.

Seperti biasa, pengguna boleh membuat pra-tempahan mengikut syarikat telekomunikasi pilihan mahupun kepada Apple sendiri termasuklah pengedar rasmi. Pengguna pascabayar boleh membuat proses pra-tempah dan mendapatkan maklumat serta data pelan rangkaian telekomunikasi masing-masing.

Bagi yang inginkan iPhone tanpa sebarang kontrak, pra-tempahan boleh dibuat melalui laman jualan rasmi Apple Store dan wakil pengedar rasmi Apple yang juga turut membukanya di laman e-dagang seperti Shopee dan Lazada.

Siri model iPhone pada tahun ini ialah iPhone 13 mini, iPhone 13, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max. Pelbagai penambahbaikan dan peningkatan prestasi yang ditawarkan berbanding dengan model sebelum ini. Untuk yang berminat, iPhone 13 mini mula dijual pada harga bermula dari RM3,399 dan RM3,899 untuk iPhone 13 manakala iPhone 13 Pro bermula dari RM4,899 dan RM5,299 untuk iPhone 13 Pro Max.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen