iPhone

Muat Turun Latar Belakang Lakaran Dalaman Skematik Model iPhone 13


Penggunaan latar belakang sememangnya antara kustomasi mudah yang boleh dilakukan pada iPhone. Bagi pengguna siri model iPhone 13, anda boleh muat turun latar belakang dengan lakaran dalaman skematik mengikut model masing-masing.

Latar belakang ini adalah direka semula secara terperinci yang berdasarkan gambar x-ray oleh iFixit. The Basic Apple Guy telah melakarkan semula daripada gambar x-ray tersebut yang memperlihatkan kedudukan komponen, papan induk dan bateri dengan lengkap.

Bagi yang berminat, anda boleh memuat turun latar belakang ini di laman web The Basic Apple Guy yang menawarkan dua siri iaitu Series 1 (gambar utama) dan Special Edition (seperti di atas). Anda hanya perlu memuat turun ke dalam galeri, nyahaktifkan Perspective Zoom dan ubah saiz mengikut kedudukan skrin model iPhone masing-masing.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen