Apple

Apple Mengumumkan Program Baik-Pulih Kendiri – Membaiki Sendiri Peranti Dari Rumah

Apple pada hari ini menerusi laman berita mereka telah mengumumkan satu program baharu untuk pengguna di luar sana. Dipanggil sebagai Self Service Repair, program ini memboleh pengguna untuk membaiki sendiri peranti Apple yang dimiliki dari rumah tanpa perlu membawanya ke cawangan Penyedia Perkhidmatan Berdaftar Apple (AASP) yang terdekat.

Dengan program ini, pengguna boleh membeli komponen tulen dan buku panduan atas talian termasuklah peralatan yang spesifik digunakan bagi membaik-pulih kerosakan yang dihadapi. Komponen yang ditawarkan juga dijual pada harga yang sama seperti di cawangan dan juruteknik berdaftar.

Bagi pengguna yang tidak mempunyai kemahiran masih boleh membawa peranti anda yang rosak untuk di diagnosis dan seterusnya membuat baik-pulih ke cawangan Penyedia Perkhidmatan Berdaftar Apple (AASP) berdekatan dengan anda.

Buat masa ini, program ini meliputi siri model iPhone bermula dari iPhone 12 dan iPhone 13 bagi modul komponen skrin, bateri dan kamera. Ia juga bakal diikuti dengan model komputer Mac dengan cip M1. Program ini dimulakan di Amerika Syarikat dan bakal diperluaskan untuk negara-negara lain.

Haziq Harun

Artikel ini saya tulis. Saya menulis artikel ini. Artikel ini ditulis oleh saya.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen