Apple

Kemas Kini Bakal Dikeluarkan Bagi Membenarkan Penukaran Skrin iPhone 13 Tanpa Menyahaktif Face ID


Semasa peleraian siri model iPhone 13 dilakukan, iFixit telah menjumpai sebuah lagi cara monopoli oleh Apple dalam bentuk gantian skrin. Sekiranya pengguna ingin menukar ganti skrin iPhone 13 yang telah retak atau pecah menggunakan alat gantian pihak ketiga, sistem pengimbas wajah Face ID bakal dinyahaktifkan secara kekal.

Menurut iFixit, gantian skrin siri model iPhone 13 memerlukan pemindahan modul cip kalibrasi daripada skrin asal kepada skrin yang baru. Jika perkara ini tidak dilakukan, Face ID tidak boleh digunakan seperti biasa. Proses pemindahan juga adalah rumit dan memerlukan alat serta juruteknik yang profesional tanpa merosakkan cip serta skrin yang baharu. Modul cip tersebut berfungsi sebagai kalibrasi antara Face ID dan papan induk iPhone.

Ini sudah tentu membuatkan penggguna dan syarikat pembaikan berasa marah akan tindakan ini. Kos bagi gantian skrin melalui Apple atau Penyedia Perkhidmatan Berdaftar Apple (AASP) adalah jauh lebih mahal daripada pihak ketiga.

Dalam pada itu, Apple telah membuat kenyataan rasmi bahawa sebuah kemas kini bakal dikeluarkan bagi membolehkan perkara ini dilakukan tanpa menyahaktif Face ID. Sudah tentu, ini bukanlah berkaitan sekuriti tetapi hanyalah monopoli. Sebelum ini, sebarang gantian skrin iPhone akan menyahaktifkan ciri True Tone sekiranya kalibrasi tidak dilakukan.

Bila dan versi iOS 15 yang berapa tidak dinyatakan oleh Apple.

Sumber artikel: The Verge


Haziq Harun

Artikel ini saya tulis. Saya menulis artikel ini. Artikel ini ditulis oleh saya.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen