iPhone

Siri Model iPhone 13 Kini Dijual Secara Rasmi Di Malaysia


Setelah pra-tempah yang dibuka pada minggu lepas, siri model iPhone 13 kini mula dijual dengan secara rasminya di Malaysia. Bagi tahun ini, empat pilihan model iPhone diperkenalkan iaitu iPhone 13 mini, iPhone 13, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max.

Kesemua siri model iPhone 13 mempunyai ciri yang tersendiri dan beberapa penambahbaikan berbanding dengan model sebelum ini. Dari segi ciri perisian dan perkakasan seperti kamera yang menyokong ProRes, panel skrin dengan kadar segar semula 120Hz termasuklah penjanaan cip Apple A15 yang pantas.

Pembelian iPhone tanpa kontrak boleh dibuat melalui wakil pengedar rasmi Apple mengikut bekalan yang sedia ada pada lokasi cawangan mereka. Pengguna juga boleh membuat pembelian melalui laman jualan rasmi Apple, laman e-dagang di bawah pengedar rasmi dan juga syarikat telekomunikasi yang mahukan rangkaian pascabayar.

Bagi yang berminat, iPhone 13 mini dijual di Malaysia pada harga bermula dari RM3,399 dan RM3,899 untuk iPhone 13 manakala iPhone 13 Pro bermula dari RM4,899 dan juga RM5,299 untuk iPhone 13 Pro Max.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen