Mac macOS

Kemas Kini macOS Monterey Telah Menyebabkan Sebahagian Komputer Mac Gagal Berfungsi


macOS Monterey merupakan sistem operasi bagi komputer Mac yang baharu diperkenalkan pada tahun ini. Sejumlah ciri baharu dan penambahbaikan dari segi prestasi dan sekuriti, sudah pasti pengguna mahu menggunakannya pada komputer masing-masing.

Sejak ia mula ditawarkan secara rasmi pada minggu lepas, terdapat beberapa pengguna yang melaporkan di sosial media dan forum mengenai komputer mereka gagal berfungsi seperti biasa selepas melakukan kemas kini sistem operasi tersebut. Berdasarkan pemerhatian, masalah ini terjadi pada komputer MacBook, iMac dan Mac Mini dengan cip pemprosesan Intel.

Masalah ini terjadi selepas kemas kini selesai dipasang dan menjalankan proses but semula. Proses ini ialah biasa dilakukan pada setiap kemas kini. Namun apa yang terjadi hanyalah skrin yang memaparkan warna hitam sahaja. Menurut pengguna yang melaporkannya, pelbagai cara telah dilakukan termasuklah membuat reset PRAM, disambungkan dengan pengecas tetapi tiada hasilnya.

Masalah seperti ini sudah pasti dijangka akan berlaku disebabkan ia masih pada versi yang pertama. Buat masa ini, macOS Monterey 12.1 masih lagi dalam percubaan. Diharapkan Apple akan memberi jalan penyelesaian kepada yang menghadapi masalah ini.

Sumber artikel: MacRumors


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen