Program Beta Umum

Apple Mengeluarkan Kemas Kini macOS Monterey 12.1 Beta 4


Apple pada hari ini telah mengeluarkan kemas kini percubaan bagi macOS Monterey 12.1 versi beta 4 kepada pembangun aplikasi dan juga pengguna yang berdaftar di bawah program Public Beta. Kedua-dua pengguna boleh memuat turun kemas kini ini dan memberikan maklum balas kepada Apple.

Nombor binaan bagi kemas kini ialah 21C5045a. Versi ini adalah tampalan pepijat bagi “Tap to Click” yang dihadapi oleh penguji sebelum ini. Apple juga turut mengeluarkan kemas kini macOS Big Sur 11.6.2 beta 1.

macOS 12.1 ini dijangka akan dikeluarkan secara rasmi kepada pengguna umum sebelum hujung tahun ini. Ciri yang dinantikan ialah ciri SharePlay yang membolehkan pengguna untuk berkongsikan tontonan media melalui panggilan FaceTime. Ciri SharePlay sudahpun tersedia pada iOS 15.1, iPadOS 15.1 dan tvOS 15.1.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen