macOS

Sistem Operasi macOS Monterey Sudah Boleh Untuk Dikemas Kini


Sistem operasi bagi komputer Mac dilancarkan pada tahun ini iaitu macOS Monterey kini sedia untuk dimuat turun secara rasminya. Pelbagai penambahbaikan dari segi prestasi serta ciri baharu yang terdapat di dalamnya ditawarkan bagi pengguna Mac.

Antara ciri baharu ialah panggilan FaceTime yang ditambah baik dengan ciri SharePlay, penghalang gangguan dengan ciri Focus Mode, pengalaman melayari laman web dengan Safari versi baharu dan lain-lain. Saiz kemas kini adalah berbeza mengikut penggunaan model komputer Mac.

Sebagai saranan, tangguh terlebih dahulu niat anda untuk mengemas kini sehingga kesemua perisian dan aplikasi yang anda gunakan menyokong sepenuhnya sistem operasi ini.

macOS Montery menyokong senarai komputer Mac seperti di bawah:

  • iMac (Akhir 2015 dan seterusnya)
  • Mac Pro (Akhir 2013 dan seterusnya)
  • iMac Pro (2017 dan seterusnya)
  • Mac mini (Akhir 2014 dan seterusnya)
  • MacBook Air (Awal 2015 dan seterusnya)
  • MacBook (Awal 2016 dan seterusnya)
  • MacBook Pro (Awal 2015 dan seterusnya)

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen