Mac macOS

Kemas Kini macOS Monterey Baharu Dikeluarkan Bagi Menyelesaikan Masalah Komputer Mac Gagal Berfungsi


Apple pada hari ini telah mengeluarkan kenyataan dan kemas kini bagi macOS Monterey yang baharu bagi menyelesaikan masalah yang menyebakan sebahagian komputer Mac gagal berfungsi.

Pengguna melaporkan komputer mereka tidak boleh dihidupkan semula selepas membuat kemas kini macOS Monterey buat kali pertama. Kebanyakan masalah ini terjadi pada komputer Mac yang menggunakan cip pemprosesan Intel sahaja.

Menurut Apple, masalah ini terjadi disebabkan perisian tegar yang terdapat di dalam cip sekuriti T2 telah menghalang komputer tersebut daripada dihidupkan semula. Ini kerana, sistem sekuriti telah diaktifkan dan sebarang proses yang dilakukan tidak boleh berfungsi.

Bagi pengguna yang mengalami masalah ini, anda boleh menghubungi Penyedia Perkhidmatan Berdaftar Apple (AASP) berdekatan bagi membuat temu janji mengenai masalah ini.

Pastikan anda memberitahu untuk membuat proses ‘REVIVE’ dan bukan ‘RESTORE’ sekiranya anda tidak sempat membuat salian data pendua. Jika proses ‘RESTORE’ dilakukan, kesemua data dan maklumat di dalam komputer anda hilang disebabkan proses memasang semula sistem operasi.

Bagi yang ingin membuat sendiri dan mempunyai komputer Mac yang lain, anda boleh mengikuti tutorial pemasangan semula perisian tegar BridgeOS oleh Mr. Macintosh ini.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen