Apple Fitness+

Apple Fitness+ Kini Boleh Dilanggan Di Malaysia – RM19.90 Sebulan Dan RM119.90 Setahun


Pada bulan lepas, Apple telah menyatakan penawaran pelan yang berasaskan kesihatan iaitu Apple Fitness+ bagi pasaran Malaysia. Bermula hari ini, pengguna boleh mula melanggan pelan langganan kesihatan ini dengan secara rasmi.

Sebanyak dua pilihan bayaran yang boleh dipilih iaitu RM19.90 secara bulanan atau RM119.90 secara tahunan.

Bagi yang ingin melanggan, pengguna sekurang-kurangnya perlu mempunyai Apple Watch Series 3 dan seterusnya bagi proses merekod maklumat senaman yang dilakukan. Kandungan senaman Apple Fitness+ ini boleh diakses melalui iPhone, iPad, Apple TV dan Mac.

Pengguna juga boleh mendapatkan akses latihan meditasi bagi yang berminat. Tambahan, Apple Watch Series 3 dan seterusnya bakal mendapat akses 3 bulan percuma untuk pelan langganan ini.

Dengan ini, aktiviti senaman dan meditasi boleh dilakukan daripada rumah atau dimana-mana sahaja bagi kekal aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen