Acara Khas Apple Apple Fitness+

Pakej Apple Fitness+ Dilancarkan – Integrasi Aktiviti Kecergasan Dalam Ekosistem Apple


Apple buat pertama kalinya telah menawarkan pakej langganan yang berasaskan kecergasan yang diperkenalkan pada acara khas yang berlangsung pada hari ini. Apple Fitness+ ialah merupakan pakej yang mempunyai pelbagai aktiviti kecergasan dengan senaman yang menyihatkan pengguna.

Dengan pakej ini, integrasi aktiviti kecergasan yang terdapat di dalam Apple Fitness+ boleh dipraktikkan dengan peranti yang dimiliki. Untuk mengikuti aktiviti dan senaman yang ditawarkan, pengguna perlu memiliki sekurangnya Apple Watch Series 3 dan generasi seterusnya dan memiliki samada sebuah iPhone, iPod atau Apple TV mahupun iPad sahaja.

Ini adalah untuk mendapatkan bacaan metrik dengan menggunakan Apple Watch berdasarkan aktiviti kecergasan atau senaman yang dilakukan. Apabila aktitivi dimulakan, bacaan metrik akan dipaparkan pada bahagian kiri atas skrin peranti yang digunakan untuk melihat pelatih melakukan senaman yang ditetapkan manakala pada bahagian kanan atas menunjukkan maklumat aktiviti setakat dijalankan.

Maklumat aktiviti juga dipaparkan pada Apple Watch bagi menunjukkan proses senaman yang dijalankan. Selain itu, aktiviti kecergasan dan senaman yang terdapat di dalam Apple Fitness+ ini juga dibarisi oleh para pelatih yang profesional mengikut jenis aktiviti dan kehendak pengguna.

Buat masa ini, Apple Fitness+ hanya tersedia di beberapa buah negara Australia, Kanada, Ireland, New Zealand, United Kindom dan Amerika Syarikat sewatu pelancaran ini.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen