iOS

Apple Menyenaraikan Senarai Aplikasi Yang Menyokong Ciri SharePlay


Pada beberapa minggu lepas kemas kini iOS 15.1 telah dikeluarkan dengan menawarkan sejumlah ciri baharu dan penambahbaikan dari segi prestasi serta peningkatan sekuriti. Antara ciri baharu yang terdapat dalam kemas kini tersebut ialah ciri SharePlay.

Dengan ciri SharePlay ini, pengguna boleh berkongsikan media yang ditonton kepada pengguna yang lain melalui panggilan video FaceTime. Daripada video pendek sehinggalah filem dan siri televisyen termasuklah lagu, tontonan bersama ini dapat kekal berhubung antara satu sama lain.

Sehubungan dengan itu, Apple telah berkongsikan jumlah senarai aplikasi yang menyokong ciri SharePlay ini. Setiap aplikasi dikategorikan mengikut ciri dan fungsi yang ditawarkan kepada pengguna.

Berikut adalah aplikasi tersebut:

Tonton Media

  1. Apple TV+
  2. BET+
  3. Disney+
  4. ESPN
  5. HBO Max
  6. Hulu
  7. MasterClass
  8. MUBI
  9. NBA
  10. Pantaya
  11. Paramount+
  12. Pluto TV
  13. SHOWTIME
  14. Starz

Muzik

  1. Apple Music
  2. SoundCloud (In a future update)
  3. Tunein (in a future update)

Senaman

  1. Apple Fitness+
  2. BetterSleep
  3. SmartGym

Pembelajaran

  1. Explain Everything
  2. Kahoot!
  3. Night Sky

Hiburan

  1. Apollo for Reddit
  2. Bikemap
  3. Cameo
  4. Flow by Moleskine
  5. Heads Up!
  6. Popshop
  7. Redfin
  8. Studio
  9. TikTok

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen