Apple

Pelanggan Tidak Dibenarkan Untuk Membeli Produk Secara Fizikal Di Apple Store Turki


Selepas menghentikan sementara penjualan produk secara dalam talian, Appl Store Turki juga tidak membenarkan penjualan produk secara fizikal. Pelanggan yang ingin membeli produk secara fizikal di cawangan kedai Apple Store juga tidak boleh dilakukan tanpa sebarang penjelasan.

Berdasarkan laporan oleh macReports, staf Apple Store memberitahu pelanggan bahawa penjualan akan dimulakan semula setelah ekonomi kembali stabil. Beberapa sumber lain menyatakan kedai Apple Store di sana masih menjual produk pada hari ini dan penangguhan yang dibuat adalah disebabkan masalah bekalan yang berlanjutan dan Apple terpaksa untuk menghadkan penjualan secara fizikal.

Penangguhan jualan produk Apple ini adalah disebabkan kejatuhan nilai mata wang Turki, lira sebanyak 15 peratus ketika artikel diterbitkan. Pada masa yang sama, pelanggan juga diberitahu bahawa harga produk mungkin akan meningkat berkali ganda.

Sumber artikel: MacRumors


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen