Apple

Apple Menghentikan Sementara Penjualan Produk Di Turki Akibat Kejatuhan Nilai Mata Wang


Menerusi laporan oleh Reuters melaporkan kejatuhan nilai mata wang Turki, lira sebanyak 15 peratus selepas Presiden Turki mempertahankan tindakan bank negara bagi pemotongan kadar baru-baru ini. Dalam pada itu, Apple juga mengambil langkah proaktif dengan menangguhkan penjualan produknya di negara tersebut.

Laman jualan dalam talian Apple Turki masih lagi beroperasi dan boleh dilayari seperti biasa. Namun, tiada sebarang produk yang boleh ditambah pada troli beli-belah mahupun pembelian yang boleh dilakukan pada waktu ini.

Tidak dipastikan samada bila Apple mungkin akan mula menjual produknya kembali bagi pasaran Turki ini selagi masalah ini berlanjutan.

Sumber artikel: MacRumors


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen