Apple

Apple Membuka Akaun Rasmi Instagram, Berkongsikan Gambar Dan Video Pengguna Seluruh Dunia


Jika anda seorang pengguna Instagram, pasti anda akan melihat iklan yang dibuat oleh Apple seperti di Instagram Stories ataupun entri perkongsian berbentuk iklan pada halaman muka hadapan. Bermula dari hari ini, Apple dengan rasminya telah membuka akaun Instagram eksklusif untuk perkongsian gambar dan video yang dihantar oleh pengguna iPhone seluruh dunia.

Dengan ini, anda boleh mengikuti akaun rasmi Instagram milik Apple dan mengambil bahagian dalam program “Shot on iPhone” yang dijalankan oleh Apple. Program ini akan mengetengahkan bakat jurugambar dan juruvideo daripada seluruh dunia serta akan dipilih dalam iklan “Shot on iPhone” atau dikongsikan pada akaun Instagram Apple tersebut.

Sebelum ini, Apple ada membuka akaun rasmi Twitter dan Facebook tapi tidak mempunyai sebarang kicauan dan entri. Apple juga mempunyai akaun Instagram yang lain seperti Apple Music, dan iTunes, termasuklah akaun Apple Support pada Twitter.

Apple juga akan memaparkan akaun setiap jurugambar atau juruvideo yang dipilih pada akaun Instagram tersebut. Jika anda mempunyai bakat terpendam, anda boleh mengambil bahagian dalam program ini. Asahkan bakat anda sekarang!


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen