Apple

Apple Berkongsikan Iklan Cuti Am Yang Dirakam Sepenuhnya Menggunakan iPhone 13 Pro


Seperti biasa, Apple pada hari ini telah berkongsikan iklan video bersempena cuti am hari kesyukuran di Amerika Syarikat. Bertajuk “Saving Simon”, iklan video ini telah dirakam sepenuhnya dengan menggunakan iPhone 13 Pro dan beberapa perkakasan dan perisian tambahan digunakan.

Daripada pengarah filem dan pelakon Jason Reitman bersama bapanya Ivan Reitman, iklan video ini adalah mengisahkan sebuah cerita bagi “individu yang tidak sabar menunggu ketibaan hari kesyukuran”.

Apple sememangnya menggunakan siri model yang diperkenalkan pada setiap tahun bagi setiap iklan yang diterbitkan.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen