Apple kini telah memulakan kembali penjualan produknya di Turki selepas beberapa hari menghentikan semua penjualan samada secara dalam talian mahupun fizikal di kedai Apple Store. Ini adalah selepas mata wang lira Turki yang jatuh sehingga 15 peratus disebabkan polisi ekonomi.
Kini, semua penjualan meliputi semua produk Apple mengalami peningkatan harga purata sebanyak 25 peratus. Pembelian atas talian boleh dilakukan oleh pengguna dan secara fizikal pula berkemungkinan sudah dibuka kembali untuk beroperasi seperti biasa.
Sumber artikel: MacRumors
Tambah Komen