Aksesori

Kuo: Apple Bakal Melancarkan Peranti Realiti Terimbuh Dengan Prestasi Setanding Mac Pada 2022


Penganalisis terkenal, Ming-Chi Kuo pada hari ini telah mengeluarkan laporan mengenai peranti baharu Apple yang dijangka bakal dilancarkan pada 2022. Peranti realiti terimbuh Apple yang sememangnya dinanti-nantikan ini akan hadir pada tahun hadapan dengan pemprosesan yang berkuasa tinggi.

Menurut beliau, peranti realiti terimbuh ciptaan Apple ini akan menggunakan cip pemproses yang setanding dengan cip M1 pada Mac. Lebih menarik lagi, peranti ini tidak memerlukan sebarang sambungan pada iPhone atau Mac untuk beroperasi.

Dari segi rekaan dan perkakasan, ia dilaporkan mempunyai paparan dua skrin Mikro LED pada bahagian dalam dengan resolusi 4K. Bagi memudahkan si pemakai, sebanyak lapan kamera terbina bagi memudahkan pengguna untuk melihat dengan imej tembuh.

Tambahan lagi, Kuo menyatakan peranti ini akan diganti dengan Apple Glass yang kemudiannya bakal mengggantikan iPhone dalam tempoh 10 tahun akan datang. Apple juga dilapor sedang membangunkan sejumlah aplikasi bagi peranti realiti terimbuh ini berfungsi dengan baik.

Sumber artikel: MacRumors


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen