Apple Music

Apple Berkongsikan Carta Popular Apple Music Bagi Tahun 2021


Apple pada hari ini telah berkongsikan senarai pemenang bagi Apple Music Awards dan Apple Podcast yang terbaik bagi tahun ini. Dalam pada itu, Apple juga telah berkongsikan senarai carta popular bagi lagu yang dimainkan melalui servis Apple Music untuk tahun ini.

Empat carta utama yang dikongsikan adalah lagu popular dimainkan sepanjang 2021, lirik yang dibaca sepanjang 2021, lagu kecergasan sepanjang 2021 dan lagu yang dicari menggunakan Shazam sepanjang tahun ini. Pada masa yang sama juga, Apple telah menerbitkan cara tertinggi lagu popular di Malaysia termasuklah negara lain.

Seperti biasa, carta global didominasikan oleh lagu Dynamite nyanyian BTS diikuti dengan lagu drivers licence oleh Olivia Rodrigo, For The Night oleh Pop Smoke dan Blinding Lights oleh The Weeknd.

Bagi carta tempatan pula, lagu At My Worst nyanyian Pink Sweat$ menduduki tangga pertama dan diikuti dengan HEARTBREAK ANNIVERSARY oleh GIVĒON, drivers licence oleh Olivia Rodrig, Here’s Your Perfect oleh Jamie Miller serta Life Goes On oleh BTS.

Anda boleh melihat senarai carta penuh dan mendengarkan lagu melalui aplikasi Apple Music atau melalui laman web Apple Music ini.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen