iPod

“Bapa iPod” – Tony Fadell Bakal Mengeluarkan Buku Memoir Tahun Hadapan


Sebut sahaja mengenai “iPod”, sudah pasti ramai pengguna yang mengenali peranti ini dengan rekaan mekanisme ikonik clickwheel untuk kawalan muzik. Siapa sangka peranti iPod ini bakal mengubah seluruh industri muzik dengan lagu yang boleh dibawa di dalam poket ke mana-mana sahaja.

Tony Fadell ialah merupakan orang yang bertanggungjawab dalam pembangunan peranti iPod generasi pertama. Beliau lebih dikenali sebagai “Father of the iPod” atau “Bapa iPod” bakal mengeluarkan buku memoir sendiri bertajuk “Build: An Unorthodox Guide to Making Things Worth Making” yang boleh didapati bermula tahun hadapan.

Beliau mula menyertai Apple pada tahun 2001 dan dilantik sebagai naib presiden kanan bagi iPod. Beliau juga pernah terlibat dalam pembangunan iPhone dari tahun 2006 hingga 2008. Sama seperti iPod, sudah tentu beliau mahukan mekanisme clickwheel pada iPhone dan video di bawah ialah prototaip hasil idea oleh beliau.

Beliau kemudian meninggalkan Apple dan menjadi pengasas bersama syarikat Nest, syarikat yang menghasilkan peranti pintar untuk rumah yang telah diambil alih oleh Google.

Buku memoir ini dijangka bakal dijual secara rasmi bermula 10 Mei 2022. Bagi yang berminat, anda boleh membuat pra-tempahan buku ini melalui Amazon bermula hari ini.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen