iPhone iPod Program Beta Umum Tutorial

Tutorial Untuk Mendaftar Program iOS Public Beta Bagi Pengguna Umum


Apple Beta Software Program ini secara ringkasnya ialah merupakan program Public Beta yang dikhususkan kepada pengguna umum/biasa macam kita semua untuk mencuba dan menggunakan versi percubaan iOS sebelum versi Umum/Public rasmi dilepaskan pada bulan September. Program ini mula diperkenalkan bermula dari iOS 8 sehinggalah kini yang meliputi sistem operasi iOS, macOS, tvOS dan yang terbaru ialah iPadOS. Untuk mengetahui maksud yang lebih lanjut mengenai program ini dan perbezaan dengan versi iOS lain boleh dibaca pada artikel ini.

Pertama sekali anda perlu mendaftar program Public Beta ini dengan menggunakan akaun Apple ID sedia ada. Pendaftaran ini boleh dibuat pada peranti ataupun di komputer dan untuk memasang profile certificate barulah anda perlu menggunakan peranti sistem operasi masing-masing. Buat backup dahulu kesemua data sebelum meneruskan pendaftaran ini. Tutorial untuk mendaftar program Public Beta:

1. Buka laman web Apple beta melalui peranti anda.

2. Seperti yang diterangkan di atas, program ini memerlukan akaun Apple ID. Bagi yang belum mempunyai akaun Apple ID boleh tekan Sign Up dan bagi yang sudah mempunyai akaun Apple ID tekan Sign In.

3. Masukkan akaun Apple ID dan kata laluan anda, selepas itu tekan Sign In.

4. Anda perlu bersetuju dengan perjanjian yang ditetapkan oleh Apple untuk syarat-syarat disediakan. Tatal ke bawah dan tekan Accept.

5. Pada laman ini anda boleh memilih untuk mencuba versi beta pada sistem operasi macOS, iOS dan tvOS mengikut peranti yang anda gunakan. Untuk tutorial ini saya menggunakan peranti iOS. Tatal ke bawah sehingga anda jumpa Get Started dan tekan ‘enroll your iOS device’ untuk langkah seterusnya.

6. Kemudian, anda perlu memuat turun profile certificate bagi membolehkan untuk menerima kemas kini versi Public Beta ini. Tatal ke bawah sehingga jumpa nombor 2 Download Profile. Tekan Download Profile.

7. Secara automatik sistem akan membuka aplikasi Settings untuk memasang profile certificate Public Beta ini. Tekan Install > Install > Install. Masukkan kod passcode jika anda ada menetapkannya.

8. Anda perlu menghidupkan semula peranti bagi membolehkan tetapan profile certificate dipasang dengan lengkap bagi menerima kemas kini versi Public Beta. Tekan Restart.

9. Setelah selesai, anda buka aplikasi Settings > General > Software Update dan akan terdapat kemas kini Public Beta. Saiz kemas kini bergantung pada peranti dan tidak sama untuk tiap-tiap peranti. Pastikan anda menggunakan sambungan Wi-Fi dan bateri 50% ke atas, tekan Download and Install untuk memuat turun dan mengemaskini iOS versi beta ini.

Perlu ingat bahawa pada tiap-tiap bulan anda perlu memuat turun dan memasang setiap versi beta yang dikeluarkan sehinggalah ke versi Golden Master (GM) atau versi beta yang terakhir. Tidak lagi berminat untuk menggunakan versi Public Beta ini? Sila ikuti tutorial lengkap ini.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen