iOS Program Beta Umum

Apple Mengeluarkan Kemas Kini iOS 15.2, watchOS 8.3, tvOS 15.2 dan HomePod 15.2 Versi Beta 4


Apple pada hari ini telah mengeluarkan kemas kini bagi versi percubaan iOS 15.2. Versi Beta 4 dikeluarkan pada hari ini kepada pembangun aplikasi dan juga pengguna yang berdaftar di bawah program Beta Umum.

Bagi pengguna yang berdaftar dan layak, anda boleh membuat kemas kini melalui aplikasi Seting. Bagi iOS 15.2 Beta 4 ini, nombor binaan ialah 19C5050b.

Selain itu, Apple juga turut mengeluarkan kemas kini bagi versi percubaan sistem operasi yang lain:

  • watchOS 8.3 Beta 4 (nombor binaan: 19S5050c)
  • iPadOS 15.2 Beta 4 (nombor binaan: 19C5050b)
  • tvOS 15.2 Beta 4 (nombor binaan: 19K5050a)
  • HomePod 15.2 Beta 4 (nombor binaan: 19K5050a)

Semalam, Apple telah mengeluarkan versi Beta 4 untuk macOS Monterey 12.1. Dengan hampir penghujung tahun, kesemua sistem operasi di atas berkemungkinan akan dikeluarkan secara rasmi sebelum memasuki tahun baharu kelak.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen