Dalam laporan yang dikeluarkan oleh penganalisis Bloomberg, Mark Gurman menyatakan Apple bakal memperkenalkan lima komputer Mac yang baharu pada tahun hadapan. Ini diikuti dengan laporan peranti realiti terimbuh dan barisan model iPad yang dikemas kini dengan spesifikasi dan rekaan baharu pada 2022 kelak.
Dalam pada itu, beliau menyatakan lima komputer Mac baharu ini adalah berdasarkan model sebelum ini dengan rekaan baharu dan juga spesifikasi yang dipertingkatkan. Menurut beliau:
- komputer iMac dengan spesifikasi tertinggi menggunakan cip pemproses Apple silicon
- komputer MacBook Air dengan penggunaan cip “M2” dan rekaan baharu
- komputer Mac mini dengan spesifikasi baharu
- versi baharu untuk aras permulaan komputer MacBook Pro
- komputer Mac Pro dengan penggunaan cip pemproses Apple silicon
Pengenalan ini bakal melengkapkan senarai komputer Mac dalam penggunaan cip pemprosesan buatan sendiri Apple. Tahun hadapan juga bakal memasuki fasa terakhir peralihan daripada penggunaan cip Intel dalam siri barisan dan model komputer Mac yang bermula pada tahun 2020 lepas.
Dengan cip M1 Pro dan M1 Max pada MacBook Pro baharu diperkenalkan pada tahun ini telah menerima pelbagai maklum balas dan reaksi yang baik. Sudah tentu, barisan komputer pada tahun hadapan akan lebih berkuasa dan dijamin dapat menarik lagi minat pengguna untuk menggunakan komputer Mac dengan cip pemproses Apple ini.
Sumber artikel: MacRumors
Tambah Komen