Info

Apple Mempromosikan The LEGO Batman Movie Melalui Siri


Vivienne To, Pengarah Seni The LEGO Batman Movie, melalui tweet beliau memberi bayangan bahawa Siri akan memberi respon berkaitan The LEGO Batman Movie apabila anda menyapa “Hey Puter”.

Hasilnya, ternyata Siri akan memberi respons berkaitan dengan The LEGO Batman Movie apabila disapa dengan “Hi Computer, Hi ‘puter, Hello Computer, Hello ‘puter, Hey Computer dan Hey ‘Puter”. Respons seperti “I am at your service, Lego Batman sir,” and “Welcome home, sir. I have your romcoms queued up, sorted by decade”. Oh ya, respon ini hanya akan menjadi apabila anda menetapkan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa pada tetapan Siri anda.

Bagi penggemar Batman, mereka sudah pastinya mengetahui tentang komputer pintar yang memberi respons apabila Batman menyapa “Hey ‘puter”. Respon ini samalah seperti Siri pada peranti iOS.

The Lego Batman Movie yang mula ditayangkan di Malaysia pada 9 Februari 2017. Sehingga kini, ianya masih lagi popular dan ditayangkan di 87 panggung wayang seluruh Malaysia.

Ini bukan kali pertama Apple memberikan kandungan baharu kepada Siri. Apple sentiasa mengemas kini Siri dan menambah kandungan-kandungan baru. Sebelum ini, Apple Siri akan memberi respon tertentu berkaitan dengan Google Glass, Pokémon Go, dan juga Acara Khas berkaitan dengan pelancaran iPhone 7. Namun, inilah kali pertama Apple Siri memberi respon tertentu terhadap sesebuah filem seolah-olah seperti mempromosikan filem itu pula . Mungkinkah ini salah satu strategi pemasaran baru oleh Apple? Kongsikan pendapat anda mengenai pembaharuan ini kepada kami.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen