Keputusan Apple untuk tidak menyokong aplikasi 32-bit yang dalam lingkungan 187 ribu aplikasi dalam iOS 11 pada tahun ini mungkin akan membuatkan aplikasi tersebut tidak boleh digunakan kelak dan menjadi usang. Berdasarkan laporan terbaru yang menunjukkan beberapa aplikasi lama/tua yang telah membuatkan peranti menjadi perlahan untuk berfungsi.
Penganalisa daripada Sensor Tower menjangkakan dalam 8% daripada semua aplikasi yang berada di App Store sekarang ini mungkin akan menjadi usang. Ia tampak seperti peratusan kecil tapi aplikasi permainan usang yang mungkin akan terkena impak sekali.
Apple mula memperkenalkan sokongan aplikasi 64-bit dengan pelancaran peranti iPhone 5s dalam 2013 yang lepas. Syarikat tersebut tidak memerlukan aplikasi 32-bit untuk menyokong kepada aplikasi 64-bit. Namun pada bulan Februari 2015 lepas, Apple telah memberitahu kepada pembangun untuk semua aplikasi yang dikemukakan di App Store dimana 64-bit diperlukan pada Jun 2015.
Sistem operasi iOS 11 dijangka akan diperkenalkan pada acara khas Apple World Wide Developers Conference (WWDC) bulan Jun ini. Apple tidak memberi kenyataan untuk membuang sokongan 32-bit tapi ia mungkin akan terjadi dengan kemas kini iOS 11 kelak.
Lebih kurang 200 ribu aplikasi akan terkena impak dimana kategori permainan yang paling besar impaknya. Hanya 20 peratus sokongan 32-bit untuk aplikasi permainan. Aplikasi pembelajaran pula antara kategori kedua yang akan terkena dengan 10 peratus aplikasi 32-bit.
Sumber artikel: Cult of Mac
Tambah Komen