Penggunaan aplikasi kalkulator pada peranti iOS sememangnya memudahkan untuk membuat sesuatu pengiraan kalkulus tapi kadang-kadang ada antara pengguna yang tersalah taip atau tersalah memasukkan nombor.
Bagi yang tersangat rajin, ada antara kita yang akan membuang kesemua nombor dan membuat semula pengiraan yang dibuat. Namun adakah anda tahu cara mudah untuk memadamkan nombor tanpa memadamkan semua atau mulakan balik? Ikuti langkah mudah ini:
1. Buka aplikasi kalkulator.
2. Untuk memadam sesuatu nombor, anda hanya perlu luncurkan jari anda ke kiri atau ke kanan pada kotak nombor di atas dan nombor itu akan dipadam. Jika anda luncurkan kali kedua, nombor kedua pula akan dipadamkan dan seterusnya.
Anda mempunyai tips iOS yang tersendiri? Kongsikan kepada pengguna lain dengan e-melkan kepada: [email protected]
Tambah Komen