iOS iPadOS Tutorial

Cara Menggunakan Dan Mengubah Suai Control Center iOS 11 Ke Atas


Control Center yang diperkenalkan pada iOS 7 dahulu kini boleh boleh diubah suai dalam versi iOS 11 dan ke atas. Penggunaan masih sama seperti sedia kala tetapi ia hadir dengan pelbagai kustomasi yang boleh dilakukan seperti mengaktif atau menyahaktifkan data selular secara terus dan pantas, mengaktifkan Low Power Mode dan banyak lagi.

Tetapan yang tetap pada Control Center ialah seperti Brightness, bunyi tidak boleh dibuang atau disusun. Senarai yang boleh tetapan tetap dan yang boleh diubah:

[one-half-first]Tetapan tetap:
● AirDrop
● Airplane Mode
● Bluetooth
● Cellular Data
● Personal Hospot
● Wi-Fi
● Orientation Lock
● Do Not Disturb
● Brightness
● Night Shift
● Volume
● AirPlay Mirroring[/one-half-first] [one-half]Tetapan yang boleh diubah suai:
● Accessibility Shortcuts
● Alarm
● Apple TV Remote
● Calculator
● Camera
● Do Not Disturb While Driving
● Flashlight
● Guided Access
● Home
● Low Power Mode
● Magnifier
● Notes
● Screen Recording
● Stopwatch
● Text Size
● Timer
● Voice Memos
● Wallet[/one-half]

 

Untuk mengubah suai Control Center, anda perlu pergi ke panel Settings > Control Center > Customize Controls.

Di sini, anda boleh menambahkan tetapan lain seperti rakaman skrin, penggera, mod senyap dan sebangainya. Untuk menambahkan pada Control Center, anda perlu tekan pada ikon tambah (+) yang berada pada sebelah kini tetapan.

Setelah ditambah, anda juga boleh menyusun susunan tetapan mengikut penggunaan anda sendiri. Tekan pada ikon tiga garisan palang sebelah kanan tetapan dan leretkan ke atas atau ke bawah untuk susunan seperti yang anda mahukan.

Untuk membuang tetapan, anda boleh tekan pada ikon tiga garisan palang sebelah kanan tetapan dan leretkan ke bawah pada ‘MORE CONTROLS’ ataupun tekan pada ikon tolak (-) yang berada pada sebelah kiri tetapan dan tekan Remove.

Bagi pengguna iPhone 6s ke atas, anda boleh membuat 3D Touch atau Haptic Touch pada ikon tetapan dan bagi pengguna peranti yang tidak mempunyai 3D Touch, anda boleh membuat ‘long press’ pada ikon tetapan di Control Center untuk menetapkan dan menyelaraskan seperti Brightness, kecerahan lampu LED Flash, bunyi dan sebagainya.

Ikuti tips dan tutorial iOS lain di sini.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen