Info iPhone iPod

Tips iOS: Cara Mengaktifkan Kalkulator Saintifik Pada iPhone


Dalam urusan harian, kita menggunakan peranti untuk membuat tugasan yang seringkali dilakukan pada setiap hari seperti membuka aplikasi sosial, membuat nota dan lain-lain lagi. Pasti ada antara pengguna yang tidak tahu fungsi tersembunyi yang terdapat pada sistem operasi iOS walaupun sudah lama menggunakannya.

Tips yang dikongsikan ini mungkin tidak ramai yang tahu ia berada pada aplikasi tetap iOS walaupun ada yang menggunakan pada setiap hari mahupun yang tidak pernah membuka aplikasi tersebut. Seperti yang sedia maklum, semua peranti iPhone dan iPad mempunyai aplikasi kalkulator kecuali peranti iPad sahaja tapi adakah anda tahu dalam aplikasi kalkulator tersebut mempunyai fungsi kalkulator saintifik? Untuk mengaktifkan fungsi tersebut:

1. Nyahaktifkan fungsi Potrait Orientation Lock pada Control Center peranti anda.

2. Buka aplikasi kalkulator.

3. Pusingkan peranti anda ke kiri atau ke kanan, secara teknikalnya pusingkan dari kedudukan potret kepada landskap.

4. Kalkulator saintifik telahpun diaktifkan.

Anda mempunyai tips iOS yang tersendiri? Kongsikan kepada pengguna lain dengan e-melkan kepada: [email protected]


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen