Info iOS iPhone

Tips iOS: Aktifkan Kiraan Aksara Mesej SMS


Penggunaan mesej berasaskan SMS mungkin dianggap usang pada generasi milenium ini tapi masih ada pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini. SMS masih juga penting pada waktu yang tidak diingini seperti kawasan yang mempunyai isyarat selular yang lemah ataupun untuk menjimatkan bateri dari menggunakan data selular dan pada waktu kecemasan.

Perkhidmatan mesej SMS mengikut telco tertentu mempunyai had limit kiraan aksara sehingga 160 sahaja, setiap telco mempunyai had limit berbeza. Jika anda menghantar kandungan jumlah aksara berlebihan, pihak telco akan mengecas dengan harga yang mahal dari mesej biasa.

Bagi mengelakkan dari duit ditolak berkali ganda, maka anda perlu menghantar kurang dari atau pada had 160 aksara sahaja. Cara untuk mengaktifkan kiraan kandungan aksara mesej SMS:

1. Pergi ke Settings > Messages > SMS/MMS > Character Count > On.

2. Buka aplikasi mesej dan pergi ke mesej SMS (bukan iMessage), lihat pada anak panah butang Hantar atau perkataan Send yang berwarna hijau.

3. Apabila kandungan mesej ditaip sehingga baris kedua, akan tertera kiraan kandungan aksara dan jumlah penuh di bahagian atas butang Hantar atau perkataan Send. Maka anda boleh menghantar mesej SMS pada harga yang ditetapkan.

Anda mempunyai tips iOS yang tersendiri? Kongsikan kepada pengguna lain dengan e-melkan kepada: [email protected]


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen