Berita Mac

MacBook Air Dan Macbook Pro Dikemas Kini Dengan Spesifikasi Baharu Dan Harga Lebih Murah


Apple hari ini telah mengumumkan keluarga komputer MacBook Air dan model asas Macbook Pro 13-inci telah dikemas kini. Kedua-dua komputer ini hadir dengan spesifikasi baharu seperti bercirikan cip keselamatan Apple T2 dan ditawarkan pada harga yang lebih murah berbanding sebelum ini.

MacBook Air versi asas kini ditawarkan bermula dari harga RM 4,699 hadir dengan cip pemprosesan dwi-teras 1.6GHz Intel Core i5, memori 8GB RAM, storan SSD 128GB sehingga 1TB, and grafik Intel UHD 617. Paparan skrin Retina juga dikemas kini dengan mempunyai ciri True Tone. Bagi golongan pelajar, anda boleh mendapatkannya pada harga RM 4,299 melalui jualan Apple Education.

Model asas MacBook Pro 13-inci pula ditawarkan dari harga RM 54,99 dan pelajar boleh mendapatkannya dengan harga RM 5,099. Konfigurasi model asas ini dilengkapi dengan Touch ID, cip pemprosesan dwi-teras 1.6GHz Intel Core i5, memori 8GB RAM, storan SSD 128GB sehingga 1TB, and grafik Intel Iris Plus 645 dengan pilihan warna Space Gray atau Silver.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan MacBook Air bermula hari ini di laman web jualan Apple manakala model MacBook Pro perlu menunggu sedikit masa.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen