Berita Mac

MacBook Air Baharu Dikemas Kini Dengan Papan Kekunci Magic


Apple hari ini secara rasminya telah mengumumkan model MacBook Air yang baharu. Model komputer riba ini dilengkapi dengan papan kekunci magic yang menggunakan mekanisme gunting bagi menggantikan papan kekunci sebelum ini yang menggunakan mekanisma kupu-kupu setelah menimbulkan masalah dan kontroversi di kalangan pengguna sebelum ini.

Penambahbaikan yang terdapat pada spesifikasi ialah penjanaan cip Intel Core i3 generasi kesepuluh sehingga 1.2GHz empat teras i7. Dari segi storan, model permulaan kini boleh didapati dengan kapasiti 256GB dan boleh dinaik taraf sehingga kapasiti 2TB. Selain itu, ia juga turut dilengkapi skrin 13-inci berpaparan Retina. Selain itu, Apple juga turut menambahkan sistem sekuriti yang berasaskan cap jari iaitu Touch ID bagi proses nyahkunci, pembelian dalam talian yang juga berfungsi sebagai butang kuasa.

Untuk di Malaysia, ia ditawarkan bermula dari RM4399 untuk model cip Intel Core i3 manakala RM5599 untuk model cip Intel Core i5. Tambahan sebanyak RM600 dan RM1000 diperlukan jika anda ingin naik taraf kepada Intel Core i3 mengikut konfigurasi masing-masing.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen