Apple Watch Berita watchOS

Kemas Kini watchOS 5.3 Dikeluarkan – Membawa Sokongan ECG Untuk Pengguna Kanada Dan Singapura


Selain dari kemas kini iOS 12.4 yang dikeluarkan hari ini, Apple juga turut mengeluarkan kemas kini watchOS 5.3 untuk pengguna Apple Watch. Dalam kemas kini ini terdapat beberapa ciri dan fungsi baharu khas untuk pengguna di negara Kanada dan Singapura.

Ciri baharu tersebut ialah membawakan sokongan ECG dan pemberitahuan irama jantung tidak teratur kepada pengguna Apple Watch Series 4 di negara Kanada dan Singapura. Kedua-dua negara ini menyertai 29 buah negara yang mempunyai sokongan ECG ini.

Selain daripada itu, kemas kini ini juga menampal kerentanan sekuriti pada aplikasi Walkie-Talkie untuk pengguna Apple Watch yang juga turut terdapat pada kemas kini iOS 12.4

Bagi pengguna Apple Watch, anda boleh mengemas kini watchOS 5.3 ini bermula hari ini melalui aplikasi Watch yang terdapat pada iPhone melalui General -> Software Update.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen