Apple Music

Apple Music Melancarkan Siri Video “Lyrics to Live By” – Penerangan Makna Dan Lirik Lagu Oleh Artis


Apple Music hari ini telah melancarkan siri video bertajuk “Lyrics to Live By”. Pelancaran ini dibuat selepas ciri lirik masa nyata (real-time lyrics) yang terdapat pada kemas kini iOS 13 boleh digunakan secara rasmi. Ciri lirik masa nyata ini akan memaparkan lirik lagu yang sedang dimainkan yang terdapat di dalam Apple Music.

Pada halaman “Lyrics to Live By” ini mempaparkan video daripada artis popular yang menerangkan makna dan inspirasi di sebalik lirik lagu kegemaran mereka. Pada halaman ini juga menerangkan, siri video ini adalah sebagai ‘pengalaman baharu mendengar lagu dan memahami maksud lirik dengan lebih mendalam’.

Siri video “Lyrics to Live By” ini dilihat adalah seakan seperti siri video “Verified” oleh Genius dimana mereka menjemput artis untuk menerangkan makna dan lirik lagu mereka yang popular. Setakat ini, artis seperti Halsey, Natasha Bedingfield dan Hunter Hayes telah menerangkan cerita mereka di sebalik lirik lagu untuk siri ini.

Selain itu, terdapat juga seleksi ”Modern Masters” yang senantiasa di kemas kini dengan ‘songbooks’ daripada artis seperti Sia, Bebe Rexha, Ed Sheeran dan ramai lagi. Bagi pengguna Apple Music yang ingin mengakses halaman siri video ini,  anda boleh mengetik pautan ini pada komputer Mac atau peranti iOS.

Sumber: Billboard


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen