Apple Music

Pengguna Apple Music Boleh Mendapatkan Kandungan Eksklusif Bersempena Promosi ‘From Apple Music With Love’


Dengan cuti dan Hari Natal yang bakal tiba, Apple telah mengumumkan satu promosi baharu yang khas untuk pengguna yang melanggani Apple Music. Dinamakan sebagai “From Apple Music With Love”, promosi ini akan bermula pada minggu hadapan bagi pelanggan Apple Music.

Menurut Apple, kandungan berbentuk ‘hadiah ekslusif’ bakal diberikan yang termasuklah Extended play (EP), senarai lagu dan banyak lagi. Pengguna Apple Music yang mempunyai AirPods Pro, AirPods dan Beats Fit Pro boleh mendengar kandungan ini menggunakan Spatial Audio dengan Dolby Atmos dan iPhone yang disokong.

Salah satu daripada kandungan pertama untuk promosi ini ialah EP daripada Coldplay yang bertajuk Infinity Station Sessions yang mempunyai beberapa lagu album baharu dan lagu krismas. Kandungan artis yang lain juga termasuklah Mariah Carey, Alicia Keys, Elton John, DJ Khaled, Nile Rodgers dan ramai lagi.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai promosi ini di laman “From Apple Music with Love”.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen