Apple Music

Apple Melancarkan Tiga Stesen Radio Baharu Di Bawah Apple Music


Apple hari ini telah mengumumkan pelancaran stesen radio baharu bagi Apple Music. Sebanyak tiga stesen radio yang boleh didengari melalui langganan pakej Apple Music dengan secara langsung dan penawaran yang meliputi global.

Stesen radio Beats 1 yang sebelum ini dilancarkan pada tahun 2015 bersama-sama Apple Music telah dijenamakan kepada stesen radio Apple Music 1. Stesen ini masih mengekalkan penyiaran temubual, pelancaran muzik dan dihoskan oleh penyampai yang sedia ada.

Apple Music Hits dan Apple Music Country ialah merupakan stesen radio yang baharu diperkenalkan oleh Apple. Kedua-dua stesen radio ini meliputi muzik masing-masing daripada 80-an, 90-an dan tahun 2000 ke atas serta genre muzik country Amerika Syarikat bagi mengambit nostalgia pendengar. Sama seperti Apple Music 1, kedua-dua stesen radio ini juga bakal dihoskan oleh penyampai tersendiri.

Sumber: Apple


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen