Apple Music

Aplikasi Apple Music Kini Tersedia Untuk Dimuat Turun Pada Televisyen Pintar LG


Menerusi media sosial, LG telah mengesahkan aplikasi Apple Music kini boleh dimuat turun bagi pengguna yang menggunakan televisyen pintar mereka. Pemilik televisyen LG yang menggunakan WebOS boleh menstrim sejumlah lagu Apple Music tanpa perlu menggunakan ciri AirPlay mahupun peranti Apple TV.

Ini juga termasuk senarai lagu, stesen radio dan video muzik yang boleh distrimkan dengan menggunakan aplikasi Apple Music ini. Paparan lirik segerak juga tersedia untuk digunakan.

Paparan antaramuka aplikasi ini adalah lebih kurang sama seperti aplikasi Apple Music untuk tvOS. Tiada sebarang maklumat mengenai jenis model yang boleh memuat turun aplikasi ini, pengguna boleh membuat carian Apple Music pada kedai kandungan LG di televisyen anda.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen