Model peranti premium iPhone baharu tahun ini iaitu iPhone 11 Pro Max telah memperolehi gred markah A+ tertinggi bagi paparan skrin terbaik pada telefon pintar. Penobatan ini dibuat oleh firma pengujian paparan dan penentukuran, DisplayMate. Skrin OLED yang digunakan pada iPhone 11 Pro Max mempunyai paparan Super Retina XDR dengan penambahbaikan berbanding skrin iPhone XS Max sebelum ini.
DisplayMate's in-depth Display Shoot-Out for the OLED iPhone 11 Pro Max is live, with impressive display performance improvements over the iPhone XS Max display, earning a DisplayMate Best Smartphone Display Award with our Highest A+ Rating! https://t.co/Ffg1D94pRq
— DisplayMate Tech (@DisplayMate) September 23, 2019
Keterangan maksimum skrin pada iPhone 11 Pro Max boleh mencapai sehingga 1290 nits. Menurut DisplayMate juga, skrin iPhone 11 Pro Max mendapat pujian dengan mempunyai peningkatan kecerahan, warna yang dipaparkan lebih tepat termasuklah penggunaan kuasa yang lebih efisien dan lebih jimat sebanyak 15% berbanding iPhone XS Max.
Anda boleh membaca analisis penuh skrin iPhone 11 Pro Max dan proses penentuan ujian yang dilakukan oleh DisplayMate ini untuk maklumat lebih lanjut. Tambahan, skrin iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max adalah sama dan tiada perubahan, oleh itu penobatan ini juga terdapat untuk iPhone 11 Pro.
Sumber: DisplayMate
Tambah Komen