Berita watchOS

Kemas Kini watchOS 6.0.1 Dikeluarkan – Penambahbaikan Muka Jam Dan Tampalan Pepijat


Diikuti dengan kemas kini iOS 13.1.2 dan iPadOS 13.1.2 yang dikeluarkan pada hari ini, Apple juga turut mengeluarkan kemas kini kecil iaitu watchOS 6.0.1 kepada umum. Ini diikuti selepas kemas kini watchOS 6.0 yang dikeluarkan pada 20 September lepas yang membawakan muka jam baharu, aplikasi, App Store dan banyak lagi.

Buat masa ini, pengguna Apple Watch Series 1 dan Series 2 masih belum dapat mengemas kini watchOS 6 ini. Pada minggu lepas, Apple telah mengeluarkan kemas kini watchOS 5.3.2 untuk Series 1 dan Series 2 tersebut. Pengguna Apple Watch Series 3 dan Series 4 boleh melakukan kemas kini dengan menggunakan aplikasi Apple Watch yang terdapat pada iPhone anda melalui General -> Software Update.

Kemas kini watchOS 6.0.1 ini membawakan penambahbaikan prestasi, penambahbaikan dan tampalan pepijat. Berdasarkan nota kemas kini oleh Apple, antara senarai pepijat yang ditampal dan pembaikan isu yang terdapat pada watchOS 6.0.1 ini adalah:

watchOS 6.0.1 optimizes performance, provides security updates, and contains improvements and bug fixes, including:
● Resolves an issue where the Mickey Mouse and Minnie Mouse watch face does not speak time
● Addresses an issue where the calendar complication may not display events
● Fixes a bug that could result in a loss of display calibration data

Apple buat masa ini sedang menguji watchOS 6.1 dalam peringkat beta. Tidak dipastikan bila untuk Apple mengeluarkannya kepada umum.

Sumber artikel: 9to5Mac


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen