Acara Khas Apple macOS

macOS Big Sur Diperkenalkan Dengan Perubahan Antaramuka Yang Baharu

Selain daripada sistem operasi untuk peranti mudah alih, Apple juga turut memperkenalkan sistem operasi baharu untuk komputer Mac yang dinamakan sebagai macOS Big Sur. Ini merupakan antara perubahan antaramuka yang terbesar Apple pernah lakukan selepas melancarkan Mac OS X Yosemite yang membawakan rekaan berasaskan minimalis.

Rekaan konsep macOS Big Sur ini dilihat bersifat lebih kepada realistik dan seolah-olah ‘timbul’ seperti reka bentuk tiga dimensi. Apple juga telah meminjam beberapa rekaan daripada iPadOS seperti pengubahsuaian yang terdapat pada Control Center dan Notification Center macOS Big Sur ini.

Di samping antaramuka, pelayar web Safari juga telah dikemas kini yang memfokuskan kepada privasi. Pengguna kini boleh melihat bagaimana iklan yang terdapat pada sebuah laman web mengakses privasi pengguna melalui Privacy Report. Penggunaan navigasi untuk tab juga ditambah baik bagi memudahkan pengguna untuk melayari.

Sama seperti aplikasi Message yang terdapat pada iOS 14 dan iPadOS 14, pengguna kini boleh menyematkan perbualan untuk mengikuti dengan lebih pantas. Aplikasi Maps juga telah melalui proses pengubahsuaian untuk kemudahan pengguna. Apple juga telah membuka beberapa API kepada para pembangun bagi memudahkan proses pembangunan aplikasi mereka di antara iOS, iPadOS dan macOS.

macOS Big Sur ini bakal dilancarkan secara rasmi pada bulan Oktober atau sekurangnya bulan November bersama-sama barisan komputer Mac yang bakal diperkenalkan kelak.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen