Apple iPhone

Apple Berkongsikan Gambar Terbaik Yang Ditangkap Menggunakan iPhone 12


Apple pada hari ini telah berkongsikan senarai gambar terbaik yang ditangkap menggunakan siri model iPhone 12 oleh jurugambar dari seluruh dunia. Terdapat beberapa gambar yang dikategorikan seperti portret, langit malam, pemandangan gambar, individu dan banyak lagi termasuklah pemandangan ketika waktu siang dan malam.

iPhone 12 mini dan iPhone 12 dilengkap dengan dwi-kamera utama 12-megapiksel dengan lensa sudut lebar dan ultra sudut lebar dengan apertur ƒ/1.6 yang membolehkan 27 peratus lebih cahaya untuk menambahbaik kualiti gambar dan video ketika persekitaran gelap atau waktu malam. Kedua-dua model mempunyai ciri fotografi yang baharu seperti Night mode dan ciri pemprosesan Deep Fusion untuk semua kamera. Ciri Smart HDR 3 yang menggunakan pembelajaran mesin juga terdapat bagi melaraskan kontras, tekstur dan ketepuan gambar untuk menampakkan hasil yang semula jadi.

Model profesional iaitu iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max dilengkapi dengan tri-kamera iaitu lensa ultra lebar, lebar dan telefoto untuk pilihan yang lebih kreatif untuk pengguna. Model iPhone 12 Pro Max memberikan pengalaman penggunaan kamera profesional dengan jarak fokus sebanyak 65mm menggunakan lensa telefoto dan 5 kali zum optik termasuklah lensa lebar dengan 47 peratus sensor yang besar untuk menambahkan sebanyak 87 peratus penambahbaikan pada persekitaran gelap atau waktu malam. Kesemua model profesional ini mempunyai ciri portret Night mode serta 6 kali autofokus yang lebih pantas.

Ditangkap menggunakan iPhone 12 Pro Max oleh Hélène Hadjiyianni dari Perancis.
Ditangkap menggunakan iPhone 12 Pro Max oleh Calogero Agrò dari Itali.

Anda boleh lihat galeri penuh di laman Apple Newsroom.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen