Acara Khas Apple iPhone

Apple Memperkenalkan iPhone 12 Mini dan iPhone 12 Edisi Warna Ungu


Dalam acara khas Apple ‘Spring Loaded’ yang berlangsung pada hari ini, Apple juga telah mengeluarkan kemas kini bagi siri model iPhone 12 yang sedia ada. Sebelum ini, kesemua siri model iPhone 12 mempunyai lima warna pilihan ketika dilancarkan pada bulan September lepas. Pada kali ini, warna ungu telah diperkenalkan untuk menjadi warna keenam siri model iPhone 12.

Masih mengekalkan rekaan yang sama seperti warna lain, warna ungu siri model iPhone 12 ini menampakkan warna yang lebih menawan dan sedap dipandang oleh mata. Panel hadapan skrin masih berwarna hitam sama seperti warna model lain dengan warna krim ungu pada bahagian belakang.

iPhone 12 mini dan iPhone 12 warna ungu didatangkan dengan sistem operasi iOS 14.5 dan juga kerangka berwarna ungu gelap yang juga turut menyokong pengecas MagSafe. Pengguna boleh mendapatkan iPhone 12 ini bermula dari RM3899 bagi storan 64GB sehingga RM4599 bagi storan 256GB. Untuk iPhone 12 mini dijual pada harga bermula dari RM3399 bagi storan 64GB sehingga RM4099 bagi storan 256GB.

 


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen