Bersama-sama dengan iOS 15 dan iPadOS 15, Apple juga turur mengeluarkan kemas kini bagi pengguna Apple Watch. watchOS 8 kini boleh dimuat turun dengan secara rasmi bermula hari ini dengan penawaran sejumlah ciri baharu yang disertakan.
watchOS 8 kini menawarkan jenis senaman yang baharu berasaskan kekuatan fizikal dan mental di bawah kategori Tai Chi dan Pilates. Bagi yang suka berbasikal, Apple Watch dengan watchOS 8 kini dapat merekodkan maklumat senaman dengan lebih tepat termasuklah pengiraan kalori aktif ketika menunggang e-basikal.
Ciri pengesanan jatuh juga telah ditambah baik dengan algoritma yang dioptimasikan bagi mengesan jatuh ketika melakukan senama termasuklah menunggang basikal. Seterusnya, aplikasi Breath kini dijenamakan kepada aplikasi Mindfulness untuk kepentingan menjaga kesihatan mental.
Muka jam baharu juga ditawarkan dengan penjejakan rutin sebelum tidur yang juga boleh merekodkan waktu tidur, tekanan jantung dan oksigen dalam darah. Perlu diingatkan, tidak kesemua ciri ini terdapat pada setiap model Apple Watch.
Bagi pengguna Apple Watch di bawah, anda boleh muat turun watchOS 8 pada jam masing-masing. Pastikan anda menggunakan model iPhone 6s dan seterusnya yang telah dikemas kini dengan iOS 15.
- Apple Watch Series 3
- Apple Watch Series 4
- Apple Watch Series 5
- Apple Watch SE
- Apple Watch Series 6
- Apple Watch Series 7
Tambah Komen