Aplikasi

Akses Kepada Aplikasi Grab Tidak Boleh Dilakukan Buat Masa Ini


Bermula dari pagi tadi aplikasi Grab telah gagal untuk diakses oleh sejumlah pengguna yang melaporkannya. Dalam pada itu, Grab sendiri telah mengesahkan perkara ini dan sedang melakukan pembaikan sebaik mungkin pada aplikasi mereka.

Servis seperti pemesanan makanan dan memanggil pemandu untuk ke lokasi lain tidak dapat diakses dan digunakan. Dengan ini, terdapat pengguna yang menyangka masalah ini terjadi disebabkan jumlah penghantar makanan atau pemandu yang tersedia dalam jumlah yang kecil.

Terdapat juga masalah yang dihadapi dilapor oleh pengguna seperti gagal untuk mengakses aplikasi, fungsi carian yang tidak tepat dan termasuklah lokasi pengambilan bagi menerima barang yang tidak berfungsi dengan baik sepenuhnya.

Berdasarkan pemerhatian, masalah ini terjadi di seluruh rantau asia tenggara yang mempunyai perkhidmatan Grab ini. Diharap perkara ini tidak berlanjutan dengan buruk.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen