Aplikasi

Sehari Berlalu, Aplikasi Grab Masih Gagal Diakses Oleh Sebahagian Pengguna


Semalam telah dilaporkan bahawa aplikasi Grab telah mempunyai masalah untuk diakses dan digunakan dengan stabil. Perkara ini melibatkan seluruh rantau Asia yang mempunyai perkhidmatan Grab ini.

Memasuki hari ini, terdapat sebahagian pengguna yang masih melaporkan mereka masih tidak dapat menggunakan aplikasi sepenuhnya. Menurut Grab, terdapat beberapa servis dan perkhidmatan yang boleh digunakan dengan sebahagian ciri dan fungsi yang masih tergendala.

Masih tidak dapat dipastikan mengapakah perkara ini berlaku dan tiada sebarang penjelasan dibuat. Grab juga berkata mereka sedang memperbaiki masalah yang sedia ada dari semasa ke semasa untuk semua pengguna.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen