Aplikasi

GrabUnlimited Diperkenalkan – Pelan Langganan Bulanan Untuk Diskaun Dan Baucar Bagi Servis Grab


Servis perkhidmatan seru-pandu dan penghantaran barang serta makanan, Grab telah memperkenalkan pelan langganan baharu yang khususnya kepada pengguna yang aktif menggunakan servis dibawah mereka. Dinamakan sebagai GrabUnlimited, ia ditawarkan sebagai bentuk langganan bulanan yang boleh dilanggan oleh pengguna.

Buat masa ini, ia masih lagi dalam tempoh dan versi percubaan yang ditawarkan pada harga RM0.01 sen sebulan. Harga akan menjadi normal setelah versi percubaan tamat dan berharga pada RM9.90 sebulan. Perubahan harga langganan mungkin akan berubah kelak. Menurut Grab, pelan ini akan menjimatkan pengguna sehingga RM400 jika aktif menggunakan servis-servis yang dinyatakan.

Dengan GrabUnlimited ini, pengguna bakal mendapatkan diskaun dan baucar untuk servis GrabFood, GrabMart dan GrabCar. Ini termasuklah penghantaran percuma dan penjimatan harga yang hanya terdapat pada pengguna yang melangganinya. Untuk makluman, hanya pembayaran melalui GrabPay Wallet sahaja yang dibolehkan untuk melanggan pelan ini.

Pengguna di Kuching, Johor Bahru dan Pulau Pinang sahaja boleh mencuba pelan GrabUnlimited bermula hari ini dan buat masa ini. Berkemungkinan ia akan diperluaskan ke seluruh negara apabila dilancarkan untuk pengguna umum.

Anda boleh layari laman GrabUnlimited ini untuk maklumat lanjut.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen