Selepas daripada laporan pelancaran iPhone SE generasi ketiga yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan, firma penganalisa TrendForce juga memberikan ramalan mereka mengenai pasaran telefon pintar bagi tahun ini. Berdasarkan laporan tersebut, Apple kini dijangka mengatasi Samsung bagi penjualan telefon pintar pada akhir tahun ini.
Daripada laporan, Apple dijangka menguasai sebanyak 23.2% berbanding Samsung dengan hanya 19.4%. Ini juga diikuti dengan Oppo sebanyak 13.9% dan Xiaomi sebanyak 12.7%. Vivo pula sebanyak 9.8%.
Menurut TrendForce, dengan pengenalan empat siri model iPhone baharu pada beberapa bulan lepas dan sistem pengurusan bekalan komponen yang lebih baik berbanding pesaing adalah merupakan faktor utama yang menyokong kepada ramalan ini. Namun, semua ini juga bergantung kepada bekalan iPhone sedia ada mengikut pasaran di setiap negara.
Sudah tentu ini hanyalah sebagai ramalan sahaja dan maklumat lengkap akan dihetahui seawal tahun hadapan.
Tambah Komen