Mendengar lagu/media tidak lagi asing dalam kehidupan seharian kita, ada yang mendengarkannya ketika belajar, bersenam untuk fokus, mahupun ketika waktu tidur. Ada juga yang memainkan lagu dari mula tidur tanpa dihentikan sehingga awal pagi.
Namun adakah anda tahu cara untuk menghentikan media yang sedang dimainkan secara automatik menggunakan tetapan masa/pemasa (timer)? Dengan tetapan masa ini, ia sekali gus akan dapat menjimatkan bateri peranti bagi pengguna yang memainkan media sehingga pagi menggunakan cara di bawah ini:
1. Buka aplikasi Clock di homescreen peranti anda.
2. Tekan pada bahagian Timer.
3. Kemudian, tekan pada ‘When Timer Ends’.
4. Tatal ke bawah sekali dan tekan pada ‘Stop Playing’. Selepas itu, tekan ‘Set’ pada atas kanan sekali.
5. Sila tetapkan masa untuk media dihentikan mengikut kehendak anda.
6. Tekan ‘Start’ dan tetapan masa dimulakan. Anda kini boleh mula memainkan media ataupun menetapkan tetapan masa ini ketika media sedang dimainkan. Media tersebut akan senantiasa dimainkan sehingga tetapan masa ini berakhir.
Anda mempunyai tips iOS yang tersendiri? Kongsikan kepada pengguna lain dengan e-melkan kepada: [email protected]
Tambah Komen