Ramai antara pengguna iOS yang suka untuk menangkap gambar panorama ketika melancong atau pergi ke suatu tempat lain. Seperti yang sedia maklum, mod panorama boleh ditangkap dengan menggerakkan peranti anda ke arah kanan seperti anak panah yang ditunjukkan tapi anda juga boleh menukar arah mod panorama ke arah kiri.
Ikut langkah seperti di bawah:
1. Buka aplikasi kamera pada peranti iOS anda.
2. Pilih mod panorama.
3. Tekan pada anak panah yang berada pada paparan skrin anda.
4. Anak panah tersebut akan berubah ke kiri dan anda boleh menggerakkan peranti anda ke kiri untuk menangkap gambar panorama.
Anda mempunyai tips iOS yang tersendiri? Kongsikan kepada pengguna lain dengan e-melkan kepada: [email protected]
Tambah Komen