Apple melalui laman berita mereka telah mengumumkan tarikh bagi acara khas tahunan mereka iaitu Apple Worldwide Developer Conference (WWDC) yang bakal berlangsung pada 22 Jun ini. Acara khas ini akan disiarkan secara langsung yang juga secara maya kepada semua pembangun aplikasi mahupun pengguna yang ingin menontonnya.
Sejurus dengan Covid-19, Apple mengambil pendekatan untuk menyiarkan acara yang diadakan secara terus kepada skrin komputer termasuklah peranti untuk ditonton. Buat pertama kalinya, tiada jemputan secara bersemuka diberikan kepada pembangun aplikasi. Sebelum ini, Apple akan memberikan jemputan kepada pembangun aplikasi yang terpilih untuk menjadi tetamu pada acara WWDC yang berlangsung.
Pada WWDC ini, Apple akan memperkenalkan sistem operasi baharu bagi komputer, peranti dan aksesori yang dibangunkan oleh mereka. Pembentangan ciri dan fungsi yang baharu pada sistem operasi iOS, iPadOS, watchOS, macOS dan tvOS bakal diperlihatkan kepada umum. Ini juga termasuklah senarai komputer dan peranti yang akan menyokong sistem-sistem operasi yang diperkenalkan kelak.
Sama-sama kita nantikan ciri baharu yang bakal hadir pada peranti yang digunakan.
Tambah Komen