Berikutan dengan laporan Apple membeli iklan daripada Google bagi mendapatkan komisen pelan langganan aplikasi popular, kini Apple tampil untuk memberi kenyataan dan penjelasan mengenai pekara ini. Laporan sebelum ini menyatakan bahawa perkara ini telahpun berlanjutan sejak dua tahun yang lepas.
Menurut Apple, sejak lima tahun lepas Apple mula mempromosikan pelan langganan dan aplikasi popular menerusi iklan di Google. Para pembangun dan pemilik syarikat tahu mengenai perkara ini dan setiap iklan diletakkan adalah daripada App Store sendiri.
Laporan sebelum ini menyatakan Apple membeli iklan ini secara senyap tanpa pengetahuan pembangun dan syarikat aplikasi. Oleh itu Apple telah menyangkal dakwaan ini dan mereka selalu menghubungi pembangun dan syarikat aplikasi tersebut bagi mendapat maklum balas.
Apple juga menyatakan kedua-dua belah pihak mempunyai persetujuan dan Apple mempunyai hak untuk mengiklankan aplikasi mereka. Para pembangun dan pemilik syarikat aplikasi juga diberikan sumber dan alat termasuklah sokongan teknikal, API dan banyak lagi bagi meningkatkan penjualan serta pengguna untuk melanggan aplikasi mereka.
Pengiklanan oleh Apple untuk aplikasi ini merangkumi melalui e-mel, iklan dalam talian dan media sosial. Sebanyak 130 ribu aplikasi telah dipromosikan pada App Store dan saluran serta servis Apple yang lain.
Sumber artikel: MacRumors
Tambah Komen